Dengarkan Gegar Malam untuk menikmati muzik yang membangkitkan semangat dan menemani anda di waktu malam. Program yang bersiaran setiap hari ini dihoskan oleh Nazz bermula hari Ahad hingga Khamis dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Anda akan dihiburkan dengan pengisian lagu Melayu yang lama dan terbaru, tempatan dan juga tradisional.
Dari jam 8 malam -10 malam
Dalam Segmen Pilihan Malam, anda boleh menghantar dedikasi atau permintaan lagu yang anda minati menerusi talian SMS.
Dari jam 10 malam - 12 malam
Segmen paling popular iaitu Cinta Gegar akan disiarkan untuk pendengar berkongsi segala cerita dan ulu hati mengenai cinta. Ketika segmen ini, Nazz akan memutarkan lagu-lagu cinta untuk menemani malam anda.
Dari masa ke semasa, anda juga berpeluang menyertai kuiz untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!