You have an old version of Adobe's Flash Player. Get the latest Flash player.
IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!
  • Follow us on Instagram!

 



Mulakan Gegar Petang bersama Zura dengan segmen-segmen yang menarik. Sertai aktiviti-aktiviti dalam Gegar petang menerusi SMS ke 36189 atau menerusi panggilan telefon di talian 03-9543 9969. Anda juga boleh menghantar komen di Facebook THR Gegar.
 

 

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik melalui Teka Lagu dengan hanya mendengar petikan sesebuah lagu dan jadi penghantar SMS terpantas dengan memberikan judul lagu dan nama penyanyi dengan betul.

Jangan ketinggalan untuk menghubungi Zura dan berbual-bual mengenai topik semasa. Pastinya Zura akan melayan panggilan anda.
 

Dalam kita berhibur jangan lupa santapan sanubari dengan seleksi lagu-lagu nasyid disamping tazkirah dan motivasi daripada pakar-pakar ilmuan dan motivasi dari jam 7 hingga 8 malam, dalam Senja Pantai Timur.
 

Pada setiap hujung minggu pula, Jumaat dan Sabtu, anda akan ditemani dengan segmen Pilihan Pantai Timur. Dengarkan dua buah lagu pilihan anda dengan cara menghantar SMS. Taip PPT <ruang> nama, lokasi & tiga buah lagu pilihan dan hantar ke 36189.