Ceria Pagi Hujung Minggu


Pastikan pagi hujung minggu anda ditemani oleh penyampai THR Gegar di segmen Ceria Pagi Hujung Minggu. Selain memutarkan lagu-lagu menarik terkini dan lagu-lagu lama, penyampai THR Gegar juga akan melayan panggilan telefon serta SMS untuk anda para pendengar yang setia mendengar Ceria Pagi Hujung Minggu.
 
Segmen 'Gagap Ke' yang begitu mendapat sambutan merupakan satu permainan di udara di mana penyampai akan berkomunikasi dengan pemanggil bertuah. Caranya cukup mudah iaitu pemanggil tidak boleh tergagap-gagap ketika berbicara bersama penyampai kami. Perkataan-perkataan seperti Aah, Emm.., ohh, atau terhenti untuk saat yang panjang tidak dibenarkan.

Penyampai THR Gegar juga akan membacakan SMS anda dan melayani setiap panggilan yang masuk. Jadi, jangan lupa dengarkan THR Gegar di hujung minggu sambil mendengar celoteh penyampai THR Gegar dalam Ceria Pagi Hujung Minggu.
 
IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!
  • Follow us on Instagram!