Oleh Syakireen Othman
Sejak kebelakangan ini, dunia hiburan dikejutkan dengan beberapa penghijrahan artis yang kini sudah mula bertudung antaranya ialah penyanyi Siti Nordiana dan juga pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Diana Amir.
Siti Nordiana membuat kemunculan kepada media yang pastinya terkejut dengan perubahan beliau di sebuah majlis baru-baru ini. Dan menurut beliau, penghijrahan yang dilakukan oleh beliau ini bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu dan beiau berharap agar penghijrahan beliau ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata tapi mahu ianya kekal sampai bila-bila.
Manakala penghijrahan pelakon Diana Amir dikesan apabila pengacara dan pelakon Wardina Saffiyah memaparkan gambar Diana Amir di laman sosial beliau dan memberikan kata-kata seperti 'Welcome Diana Amir'...
Diharapkan dengan penghijrahan dua artis berbakat besar ini dijadikan pedoman dan tauladan kepada rakan-rakan artis yang lain. Sekalung tahniah dari kami di THR Gegar kepada Siti Nordiana dan Diana Amir.