Oleh Syakireen Othman
Baru-baru ini paparan mengenai pelakon yang dikenali menerusi filem 'Aku Masih Dara' iaitu Diana Amir yang kini telah pun melakukan penghijrahan menarik perhatian ramai. Dan akhirnya Diana Amir membuka mulut dan mengakui bahawa beliau telah pun melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik di sebabkan beliau sering bermimpi mengenai hari Kiamat beberapa bulan yang lalu. Beliau mengalami mimpi menegnai kematian yang semakin hampir dan hari pembalasan yang akan berlaku.Meski pun beliau mengakui bahawa beliau masih cetek agama tetapi beliau nekad melakukan penghijrahan tersebut.
Diana juga mengakui bahawa beliau berkongsi cerita dengan rakan baiknya mengenai peristiwa mimpi yang dialaminya dan lebih mengejutkan, rakan baiknya itu yang melakukan penghijrahan tersebut terlebih dahulu diikuti dengan Diana sendiri.
Selepas beliau berniat untuk berhijrah, Diana bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan beliau dan ianya disambut dengan baik. Irma kemudiannya membawa Diana berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan dari beliau juga.
Kini, Diana mahu penampilannya dikekalkan sebegini selama-lamanya dan bukan sekadar mengikuti fesyen semata-mata. Sekalung tahniah dari kami di THR Gegar kepada Diana Amir yang kini semakin cantik dengan perubahan terbarunya.