Misha Omar Selamat Bertunang



Oleh Syakireen Othman

 
misha_tunang-(3).jpg

Setelah lama menyepikan diri tanpa sebarang perkembangan, baru-baru ini penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta menggemparkan peminat seni tanahair dengan pengakuan beliau untuk bertunang. Dan baru-baru ini,beliau sah menjadi tunangan kepada Firos Ezzwan Rosly yang merupakan seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) sekaligus menutup segala cerita dan spekulasi yang mengatakan beliau telah senyap-senyap berkahwin.

misha6.jpg

Lebih istimewa, perkenalan yang berlangsung selama 6 tahun membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka dan membawa kepada ikatan pertunangan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Majlis pertunangan diadakan di rumah keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan atas permintaan keluarganya.

misha1.jpg

Tarikh pernikahan masih belum ditetapkan lagi tetapi beliau mengharapkan jika tiada aral melintang, mereka akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Sekalung tahniah dari kami di THR Gegare kepada pasangan ini.- Kredit foto dari gua.com

misha5.jpg

misha2.jpg

misha3.jpg

misha4.jpg
2/22/2012 9:43:06 AM | 1 komen


Comments
tuyut
tahniah misha.. smoga berkekalan hendaknya.
2/23/2012 8:10:27 AM

Leave comment



Enter security code:
 Security code
IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!
  • Follow us on Instagram!