Datuk Malek Noor Bakal Bernikah Bulan Mac Ini



Oleh Syakireen Othman


Malek-01.jpg

Siapa yang tidak kenal dengan bekas juara bina badan Asia terkenal, Datuk Malek Noor. Khabarnya tidak lama lagi beliau akan menamatkan zaman bujang bersama insan tercinta yang merupakan seorang doktor pakar pada 12 Mac 2012 nanti.

Majlis pernikahan beliau bersama ibu kepada lima orang anak itu akan berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan. Manakala majlis resepsi perkahwinan beliau akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Di usia 56 tahun, beliau berasa bersyukur kerana Allah menemukan jodoh dan menghentikan segala pencarian beliau menemui insan yang dicintai selama ini. Tambahan pula, wanita tersebut merupakan seorang wanita yang begitu mengambil berat mengenai dirinya dan seorang yang penyayang.

Walaubagaimanapun, Datuk Malek Noor ingin merahsiakan identiti wanita berkenaan dan cukup untuk mengetahui bahawa beliau mengenali wanita tersebut yang bekerja di sebuah hospital swasta di sini sejak empat bulan lalu ketika menjalankan urusan perniagaan.

Sekalung tahniah dari kami di THR Gegar kepada Datuk Malek Noor yang akan bergelar seorang suami tidak lama lagi. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar.
2/17/2012 9:41:46 AM | 0 komen
Difailkan bawah : kahwin, malek, noor, datuk


Comments
Blog post currently doesn't have any comments.
Leave comment



Enter security code:
 Security code
IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!
  • Follow us on Instagram!