Oleh Syakireen Othman
Pelakon lelaki berbakat besar yang semakin dikenali sementelah gandingan beliau bersama pelakon cantik Nora Danish di dalam drama 'Tentang Dhia' iaitu Ady Putra khabarnya telah pun memfailkan pemohonan cerai terhadap isterinya Aida Yusof pada 11 Mei 2012 yang lalu. Pasangan ini yang baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam menangkis pendapat orang ramai yang mengatakan wujudnya orang ketiga di dalam kehidupan mereka.
Ady turut menepis dakwaan yang mengatakan isu ketiadaan zuriat sebagai salah satu sebab mereka ingin berpisah namun menyifatkan bahawa mereka kini tiada persefahaman yang lebih jelas dan masalah dalaman yang timbul tidak wajar dikongsikan bersama kerana bimbang ianya akan mengaibkan orang lain.
Mereka ingin berpisah secara baik dan akur dengan segala usaha untuk mempertahankan rumahtangga mereka gagal. Semoga kedua-duanya memperoleh jalan kebahagiaan mereka yang terbaik selepas ini.
Oleh Syakireen Othman
Baru-baru ini, pelakon cantik Fasha Sandha yang mengakhiri zaman bujangnya pada 27 April 2012 yang lalu telah pun mengumumkan mengenai kehamilan beliau yang kini telah pun mencecah dua minggu dan beliau menyifatkannya sebagai bunting pelamin.
Begitu teruja dengan kehamilan pertama beliau selepas mendirikan rumahtangga bersama Jejai, Fasha mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi diatas rezeki yang diberikan oleh Allah ini. Beliau yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu tidak menyangka lewat datang bulan dan terus mendapatkan pengesahan dari doktor.
Manakala antara selebriti yang turut bakal menimang cahayamata ialah pelakon Eira Syazira yang telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon Azad Jasmin. Beliau menerima berita gembira tersebut pada sambutan hari Ibu dan keduan-duanya begitu teruja dengan kehadiran insan baru di dala kehidupan mereka tidak lama lagi.
Sekalung tahniah diucapkan dari kami di THR Gegar kepada Fasha Sandha dan Eira Syazira dan semoga kedua-dua kandungan berada di dalam keadaan selamat sehingga lah ke tarikh kelahiran.
Oleh Izzat Ismail dan disunting oleh Alia Yasmin. Sumber Murai (Terima kasih)
Kesemua pemenang pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah pun menerima habuan masing-masing di sebuah majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan di Holiday Villa Hotel and Suites, Subang Jaya. Paling mendapat tumpuan ialah Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz yang menerima hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5L tajaan edaran Tan Chong Motors daripada Timbalan Pengarang Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar.
Aaron yang turut memenangi anugerah bagi Pelakon Filem Lelaki Popular turut membawa pulang seutas rantai mutiara Rafflesia bernilai RM 250,000 dan barang tajaan Avon serta wang tunai RM 3,000. Majlis tersebut turut meraikan kategori Bintang Popular, Anugerah Seri Perak Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Sheila Majid dan Artis Popular Kategori 'Online', Ziana Zain. Ternyata kesemua yang memenangi anugerah tersebut bukanlah calang-calang penyanyi dan rata-rata peminat telah pun bersetuju dengan keputusan tersebut.
Selain itu juga, Berita Harian turut menunaikan janjinya kepada Nor Aini Khalip dari Perak selaku pemenang bagi hadiah utama bagi Peraduan Undi dan Menang ABPBH 2011 dan seterusnya membawa pulang hadiah utama Nissan Livina X-Gear 1.6(A) tajaan Edaran Tan Chong Motors. Tidak dilupakan hadiah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian di dalam peraduan Undian dan Menang pusingan awal dan akhir. Antara hadiah yang dimenangi berupa barang kemas tajaan Rafflesia, Apple iPad 16GB, Canon EOS DSLAR (EOS 1000D), Blackberry Torch, Sony PS3 Console, Samsung Galaxy Tab 10.0, Apple iPod Touch dan wang tunai.
Majlis turut dihadiri oleh barisan artis seperti Fizz Fairuz, Along Cham, Yana Samsudin, Awi Rafael, Shila Amzah, Shaheizy Sam dan kumpulan Forteen yang juga turut menerima Anugerah Khas ABPBH 2011 selaku artis yang paling komited ketika siri jelajah ABPBH 2011 yang telah diadakan di beberapa buah negeri sebelum ini. Pada majlis tersebut juga Hafiz dan Kamelia (Bintang Idola Berita Harian 2012) turut dijemput bagi membuat persembahan sekaligus memeriahkan lagi suasana.
Artikel ihsan dari Murai
Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.
"Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga. Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud," ujar Akma yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
"Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,"ujar jejaka yang berasal daripada Kelantan ini.
Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.
Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300. Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan media khususnya.
"Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega," ujar anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.
Oleh Syakireen Othman
Kredit foto dari Facebook Ryaniez Moment Photography
Rasanya masih belum terlambat lagi tuntuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru iaitu Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya yang telah pun selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat lepas. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, pasangan ini dimeterai menjadi suami isteri disaksikan oleh keluarga tersayang, sanak saudara, rakan taulan dan juga media tempatan di Hotel Pullman, Putrajaya . Awal menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2050 dan jumlah wang hanatran dirahsiakan.
Dan kelmarin, bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya, telah diadakan majlis resepsi yang penuh gilang gemilang dengan jumlah hadirin seramai hampir 2,000 meraikan pasangan tersebut. Lebih istimewa, di malam itu, Awal telah membuat kejutan dengan menyanyikan lagu 'Sedetik Lebih' khas untuk Scha sehinggakan beliau menangis kegembiraan.
Tahniah dari kami di THR Gegar dan jom lihat foto-foto eksklusif mereka dibawah ini. Kredit foto kepada Ryaniez Moment Photography.